You have been here,welcome.Want to go Home or Follow me?
Super duper Ohsemm



Home The Boss Links Stuffs

Assalamualaikum

Assalamualaikum !Welcome to my simpy blog .Hope you enjoy at here :)
Intan Nursyazwani


Talk at here!


Big claps!

Basecode: Izyanyancinnamon Re-edited:My name is julia
Full edit: Intan Nursyazwani
Others support:   


Cinta Sejati ?

Apa itu CINTA ? Mengapa perlu CINTA ? Mengapa harus BERCINTA  Kalau tak ada CINTA tak boleh ke ? Apa ada pada CINTA ? Mana datangnya perkataan CINTA ? Apa rasa yang boleh dikatakan ianya adalah CINTA ? Macam mana rasa bila DICINTA ? Macam mana pula rasa bila tidak DICINTA ? CINTA...CINTA....CINTA... Tak habis-habis dengan CINTA . Sana BERCINTA , sini BERCINTA . Tapi tahukah apa itu CINTA ? ? Apa pun tak tahu , bila ditanya kenapa BERCINTA , jawapannya mudah je . . . Tengok orang lain BERCINTA , macam best je . . Tapi tahukan apa itu erti CINTA ? . . .


Ehh . . Apasal dekat atas tu ada banyak sangat perkataan CINTA ? ?.. Korang tahu ke kenapa ? saya pun tak tahu kenapa , mana datang pulak perkataan CINTA banyak-banyak tu ? ? Tetiba je ada.. Ish.. Ish.. hehe saya bukan apa , saya cuma ingin bertukar pendapat dengan anda yang diluar sana mengenai apa itu CINTA . Setiap orang dia ada pandangan dan pendapatnya sendiri . Perkataan CINTA ini bukan asing lagi bagi masyarakat kita . Dari kita kecik lagi kita dah tahu apa itu CINTA . Cuma mungkin masa tu kita masih belum tahu apa itu yang dikatakan CINTA . Ye , CINTA itu adalah perasaan tapi perasaan macam mana ? Mungkin ada yang akan menjawab , perasaan macam mana lagi kalau bukan perasaan CINTA larh . . ayoo :3 Ye, itu memang jawapannya tapi tujuan saya menulis kali ini adalah untuk melihat sejauh mana orang tahu tentang apa yang dikatakan CINTA .


Menurut sudut fikiran saya, CINTA ini ada banyak jenis . Diantaranya adalah :-


Cinta pada duit ---> Dia bercinta dengan seseorang itu sebab dia tahu pasangan dia tu berharta dan berduit . Di mulut ungkap cinta tapi tangan hulur ambil duit . Setiap kali keluar makan mesti nak makan dekat tempat mahal-mahal . Setiap kali shopping mesti nak beli barang-barang yang mahal . Adakah itu cinta ? Bahagiakah cinta seperti itu ?


Cinta pada nafsu ---> Dia bercinta dengan pasangan dia tu sebab nak ambil kesempatan ke atas pasangan dia tu . Mulut mengukir cinta macam pijak semut pun tak mati tapi tangan terus meraba-meraba tempat yang boleh diraba . hehe . Lepas tu tunggu apa lagi , mustahil berhenti di situ saja . haha :3 Adakah itu cinta ? Bahagiakah cinta seperti itu ?


Cinta terpaksa ---> Dia bersama dengan pasangannya itu konon-konon atas dasar cinta . Padahal nak jaga hati ibu ayah je . Depan ibu dengan ayah bukan main sayang-menyayang , bermanja-manja . konon-konon nak tunjuk kata bahagialah hidup mereka tapi belakang ibu dengan ayah, kau buat keje kau , aku buat keje aku . kau keluar dengan betina lain, aku pun nak keluar dengan jantan lain . Adakah itu cinta ? Bahagiakah cinta seperti itu ?


Cinta sejati ? ? ? ? (-_-)


Pada pandangan saya cinta sejati adalah satu perasaan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata , tidak dapat ditulis dengan kertas dan pena , tidak dapat dipertontonkan dengan lakonan tapi cinta sejati adalah satu perasaan yang lahir dari hati yang penuh keikhlasan dan kejujuran . Tidak mengharap pasangannya yang sempurna , cukuplah dia terasa sempurna bila bersama dengan pasangannya . Cinta sejati adalah cinta yang lahir dari sebuah hati ke sebuah hati . Cinta sejati bukan lahir kerana harta mahupun rupa paras tapi cinta sejati lahir kerana kerana keikhlasan hati . Cinta sejati tidak memandang pada harta kerana harta tidak kekal selamanya . Cinta sejati juga tidak memandang pada rupa paras kerana rupa paras mampu berubah dari masa ke semasa . Cinta sejati memerlukan pengorbanan , keikhlasan , kejujuran , kesetiaan , kesucian , keyakinan , keimanan dan yang paling penting adalah keredhaan dari DIA cinta kita yang abadi . .


Cinta sejati lahir dari 4 jenis cinta :-


♥ Cinta kepada Allah ,
♥ Cinta kepada Ibu dan ayah ,
♥ Cinta kepada diri sendiri ,
♥ Cinta kepada sesama saudara . .


InsyaAllah , jika ada 4 jenis cinta itu maka lahirlah cinta sejati yang kita cari selama ini . .